Tuesday 7 August 2012

RUJUKAN


  •           Noriati A. Rashid etl (2010). Buku Guru dan Cabaran   Semasa. Terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd. 
  •            Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin   Miskon (2010). Buku Guru dan Cabaran Semasa.   Terbitan Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
  •            BukuAktaPendidikan (Akta 550), Peraturan-peraturan &   Kaedah-kaedahTerpilih. Terbitan International Law   Book Servis

Rajin-rajinkanlah diri untuk membaca buku

      Bacaan Lanjut Tentang Akta berdasarkan beberapa aktikel

      1. Sejarah Perkembangan Sistem Pendidikan Di Malaysia

      2. Dasar-Dasar Kerajaan Dalam Membentuk Perpaduan

       

      TUGASAN KAMI

      Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Blog Guru dan Cabaran Semasa merupakan tugasan bagi memenuhi kriteria Kerja Kursus untuk subjek Guru dan Cabaran Semasa (EDU 3109). Kami merupakan pelajar di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, bagi kursus PISMP Pemulihan Khas 1 bagi sesi 2009.

      Berikut merupakan kehendak soalan subjek EDU 3109:

      BAHAGIAN A
      Penggunaan blog adalah salah satu inovasi dalam pendidikan hari ini. Anda dikehendaki untuk menghasilkan sebuah blog berdasarkan tajuk dalam kursus EDU 3109 GURU & CABARAN SEMASA. Bentang dan jelaskan bagaimanakah blog yang anda hasilkan dapat menggalakkan proses pengajaran & pembelajaran dalam mata pelajaran ini.

      BAHAGIAN B

      Dalam usaha kerajaan menghasilkan modal insan yang berkualiti, program I-THINK telah mula diperkenalkan di beberapa buah sekolah bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar. Sebagai bakal guru anda dikehendaki menghasilkan nota dengan menggunakan 8 thinking maps berdasarkan tajuk pilihan anda.

      Monday 6 August 2012

      Implikasi Akta Pendidikan 1996

      Perbezaan dan Persamaan Akta Pendidikan 1996 dan Akta Pelajaran 1961




      Klik imej untuk pembesaran


      PERBEZAAN SECARA KHUSUS


      Untuk bacaan yang lebih mendalam, sila rujuk Perbandingan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996 

      Sistem Pendidikan Kebangsaan

      Klik imej untuk pembesaran


      Klik imej untuk pembesaran

      Sila klik List of Private School in Malaysia untuk mendapatkan senarai nama sekolah swasta di Malaysia.

      Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996

      Perlaksanaan sistem sekolah satu aliran secara komprehensif perlu dibuat sekarang dimana keadaan, masa dan peluang sudah tiba untuk menyaksikan perubahan ini. Bagi menentukan keutuhan Malaysia sebagai negara majmuk pelbagai keturunan dan kepercayaan berjaya dipupuk dan dibangunkan bersama dengan penuh semangat toleransi, kesefahaman, muhibbah dan setiakawan.

      Klik imej untuk pembesaran


      Sumber: Buku Guru dan Cabaran Semasa oleh Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon

      Ciri-Ciri Akta Pendidikan

      Akta Pendidikan Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Antara ciri-cirinya ialah:
      Klik imej untuk pembesaran

      SEJARAH AKTA PENDIDIKAN 1996

      Klik Imej untuk Pembesaran
      sumber:

      Apa itu Akta Pendidikan 1996?

      AKTA PENDIDIKAN

      Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan untuk memantapkan serta mengemaskinikan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta ini menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpasikan kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

      Untuk maklumat yang lebih mendalam, sila klik AKTA PENDIDIKAN 1996

      Falsafah Pendidikan Kebangsaan

      Sejarah pendidikan kita memainkan peranan dalam membentuk falsafah berkenaan. Dalam Akta Pelajaran 1961 yang dilaksanakan berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 ada dinyatakan permulaan kepada falsafah pendidikan negara. Walaupun begitu, ianya tidak luas dan hanya sesuai dengan zaman pembangunan negara kita pada tahun-tahun 1970an dan 80an. Dasar Pelajaran Kebangsaan lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan semua kaum.