Monday, 6 August 2012

Ciri-Ciri Akta Pendidikan

Akta Pendidikan Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Antara ciri-cirinya ialah:
Klik imej untuk pembesaran

SEJARAH AKTA PENDIDIKAN 1996

Klik Imej untuk Pembesaran
sumber:

Apa itu Akta Pendidikan 1996?

AKTA PENDIDIKAN

Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan untuk memantapkan serta mengemaskinikan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Akta ini menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpasikan kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan.

Untuk maklumat yang lebih mendalam, sila klik AKTA PENDIDIKAN 1996

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Sejarah pendidikan kita memainkan peranan dalam membentuk falsafah berkenaan. Dalam Akta Pelajaran 1961 yang dilaksanakan berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 ada dinyatakan permulaan kepada falsafah pendidikan negara. Walaupun begitu, ianya tidak luas dan hanya sesuai dengan zaman pembangunan negara kita pada tahun-tahun 1970an dan 80an. Dasar Pelajaran Kebangsaan lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan semua kaum.